Saturday, October 4, 2014

TGV Lyria Geneva-Paris


EUROPE TRIP DAY 18

TGV LYRIA GENEVA-PARIS

Ok, tiba masanya untuk meninggalkan bumi Switzerland. Kami mengambil TGV High Speed train Geneva-Paris de Lyon. Utk Swiss....aku akan merinduimuuuuu!!!

Route TGV Lyria
Source : Ticket Holder TGV Lyria

Tiket TGV Lyria Geneva-Paris telah  di beli online 3 bulan lepas...punyelar awal. Nak murah punya pasal la ni. Memang murah!! CHF44 atau €35 per person. Kami masuk ke site http://www.tgv-lyria.com/fr/accueil.html dan memilih  SBB CFF FFS untuk ticket reservation. Ini direct link untuk ticket reservation https://www.cff.ch/ticketshop/b2c/sprache.do?en 


Place No yang tertera di tiket itu adalah seat number

Tiket ini tidak boleh print online. Kena collect di mana-mana train station Switzerland. Agak berbeza dengan eurostar dan thalys yang bole print online. Masa nak collect tu make sure bawak order number. Macam aku yg jenis takut2 dan tak suka ada masalah masa travel, aku print siap2 dan bawak sekali email yang tertera order number tu.



Aku prefer untuk booked tiket direct melalui official website pengangkutan itu sendiri. Bagi yang hendak membeli tiket melalui ejen di internet, pastikan ejen tersebut benar2 genuine. Dapatkan maklumat tentang ejen berkaitan melalui tripadvisor etc. Tidak semua ejen tu palsu, banyak yang genuine cuma kena berhati-hati sahaja.

Untuk maklumat dan tips tentang tiket promo serta perkhidmatan high speed train di Europe,  aku jadikan site ini sebagai rujukan http://www.seat61.com/ . This man really helps me a lot! Highly recommended.

Ok, nak citer pasal TGV Lyria train.. Train ni sangat cantik, bersih dan selesa. Lebih cantik dari thalys dan jauh lebih cantik dari eurostar. Sebelum naik pastikan kita masuk di coach yang betul especially bagi yang bawak luggage besar2. Sebab kalau dah naik baru nak check dan mencari coach memang sempit dan haru biru.




Untuk route train ni kami tak perlu untuk check in mcm eurostar di UK. Kami hanya perlu melepasi kastam yang memang tak tahan orang dan tidak check luggage dan tak check passport. Jalan terus dan naik train. Mudah dan senang.

Perjalanan Geneva-Paris mengambil masa 3 jam. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat rumah2 di kawasan perkampungan france. Jarak di antara satu2 rumah adalah jauh di antara satu sama lain. Pemandangannya biasa2 sahaja tetapi lebih menarik dari route europe high speed train yang pernah kami lalu sebelum ini.

Sorry larr, entry ni takde gambar sangat. Kami dah kepenatan...tak larat nak amik gambar. Jumpa kami di Paris dalam entry yang akan datang...tataaaa...


No comments:

Post a Comment