Friday, October 3, 2014

Switzerland : Brienz

EUROPE TRIP DAY 17

Route : Lauterbrunnen(train) - Harder Kulm, Interlaken(train&cogwheel train) - Brienz(train) -              Grindelwald(train) - Lauterbrunnen(train)

BRIENZ

Sebenarnya Brienz tiada dalam itinerary kami. Tetapi di sebabkan frust yang tidak berkesudahan akibat dari kisah train Lucerne-Interlaken tempoh hari, kami mengambil keputusan untuk ke Brienz. Kami ingin menyambung pemandangan yang kami tak dapat lihat iaitu pemandangan Tasik Brienz kerana ramai orang bercerita tentang cantiknya warna air di Tasik Brienz. Di sebabkan kengkangan masa, kami harus mengorbankan satu destinasi yang telah dirancang dan digantikan dengan Brienz. Kami mengorbankan Wengen dan sampai sekarang kami masih blur keputusan apakah yang kami buat ini!!

Semasa aku melihat warna air  di Tasik Brienz, pada aku warna airnya sama macam warna air di Interlaken Ost. Oh tidak!! Kalau lar kami tahu inilah Brienz, sudah pastinya kami tidak akan mengorbankan Wengen. Pada aku Brienz agak boring. Atau mungkin sebab aku tak explore Brienz ni dgn lebih mendalam.Waallahualam...


Lake Cruise. FOC with Swiss Pass

Brienz merupakan sebuah bandar kecil yang terkenal dengan tasiknya.Tasik Brienz sememangnya cantik tetapi kalau di bandingkan dengan Tasik Lucerne, aku vote Tasik Lucerne. Perbandingan yang di buat adalah di sekitar kawasan pier sahaja tau bukan pemandangan cruise tour ye. Kami tidak mengambil cruise di Brienz. 




Pokok Buah Peach

Pokok Buah Epal

Di Brienz juga terkenal dengan street yang dikatakan cantik iaitu Brunngasse. Antara aktiviti di Breinz adalah lake cruise dan brienzer rothorn (steam railway). Kami tidak explore aktiviti di Brienz kerana kami ada plan lain. Kami akan ke Grindelwald dan Lauterbrunnen. Kami hanya jalan2 di tepi Tasik Brienz sementara menunggu train ke Interlaken Ost yang akan membawa kami ke Grindelwald.


Terdapat gate di antara pier dan platform train. Gate akan ditutup 5-10 minit sebelum train sampai. So korang janganlah terhengeh2 macam kiteorg. Kami tertinggal train...hehe. Inilah gambar train yang kami terlepas tu.....

Train ke Interlaken Ost

Dan untuk pemandangan di dalam train sepanjang perjalanan Brienz-Interlaken Ost memang cantik.

View Tasik Brienz dari train

View Tasik Brienz dari train





No comments:

Post a Comment