Thursday, October 2, 2014

Switzerland : Schilthorn

Europe Trip Day 16

Route     :
Lauterbrunnen (Bus) - Stechelberg (Cable Car) - Schilthorn (Cable Car) - Gimmelwald (Cable Car) - Murren/Station Schilthornbahn (Cable Car) - Murren/Station BLM (Train) - Grutschalp (Cable Car) - Lauterbrunnen

SCHILTHORN

Official website : http://www.schilthorn.ch/

Tiba di Schilthornbahn yang terletak di Murren, kami membeli tiket untuk ke Schilthorn.  Memandangkan kami pemegang swiss pass, kami hanya membayar CHF 38.50 (return) untuk seorang dewasa. Kanak2 FOC. Bagi pemegang swiss pass, bayaran yang termurah untuk ke Schilthorn adalah dari Schilthornbahn yang terletak di Murren.


Di kaunter tiket, kami bole melihat keadaan cuaca dan kabus di Schilthorn menerusi web cam yang terpapar di situ. Selain di kaunter tiket, web cam ni bole di lihat menerusi http://www.schilthorn.ch/. Untuk ke Schilthorn, adalah penting untuk pastikan keadaan cuaca dan kabus terlebih dahulu agar tidak berlaku pembaziran duit. Melalui tripadvisor, waktu pagi adalah yang paling sesuai untuk ke Schilthorn.

View dari cable car

View dari cable car

View dari cable car

Piz Gloria dari jauh

Ada satu je sebab mengapa aku memilih Schilthorn dan bukannya Jungfrau...sebabnya adalah masalah altitude sickness. Kami ke Schilthorn walaupun hati ni nak sangat ke Jungfrau :( 

Bagi yang berminat untuk mountain destination tetapi confused, tidak tahu mana satu pilihan hati, bole refer http://ghodasara.com/blog/?p=155Di sini terdapat perbandingan di antara Mt Rigi, Pilatus, Titlis dan Jungfrau. Blog ni aku jumpa masa google mengoogle tentang Mt Rigi.

Ini lah rupa cable car di Switzerland. Masuk ramai2. Masa ni kami berhenti di Birg dan bertukar cable car untuk ke Schilthorn.


Pemandangan di Schilthorn agak barren semasa musim panas. Kami tiba Switzerland pada awal musim luruh namun bagi negara Switzerland mereka hanya menggunapakai 2 musim iaitu musim panas dan musim sejuk. Permulaan musim luruh masih di kategorikan sebagai musim panas. Sesiapa yang datang pada musim panas dan bertujuan untuk melihat snow, snow yang dapat di lihat hanyalah snow mountain caped. Kawasan ini akan mula diliputi salji pada bulan November. 





PIZ GLORIA

Piz Gloria merupakan sebuah restoran berputar yang menjadi lokasi filem James Bond 'On Her Majesty's Secret Service'. Rasanya cantik lagi Restoran Berputar KL Tower. Yang cantiknya adalah interior restoran tau bukannya pemandangan kat luar tu. Pemandangan tak bole compare la pergunungan swiss dgn pembangunan kl. Of course la pergunungan swiss ciptaan ALLAH swt tiada tandingannya. Restoran ini merupakan restoran tidak halal bagi muslim di mana dalam menunya ada menghidangkan pork.



Viewing Platform

Backdrop at Viewing Platform

Masuk jam11.30am pemandangan di Schilthorn sudah mula dipenuhi kabus dan kabus makin menebal apabila masuk jam 12pm. Masa ni memang dah tak nampak apa dah...nampak kabus jer. Mujur kami sampai agak awal dan sempat melihat pemandangan dengan jelas.


Setelah kabus naik menebal, kami masuk ke James Bond Gallery .



Kemudian kami ke souvenir shop. Souvenirs di sini sangat cantik, pelbagai pilihan tetapi agak mahal. Untuk pengumpul souvenir, kalau nak beli souvenir Switzerland yang cantik boleh lah beli di sini kerana daerah Bernese Oberland tidak banyak kedai souvenir. Kedai2 souvenir yang ada pun tidak banyak pilihan barangan. Dan souvenir Schilthorn (except fridge magnet) hanya bole di dapati di sini sahaja.


Untuk fridge magnet Schilthorn pula, ianya juga bole di dapati di Lauterbrunnen, Murren atau Interlaken Ost dengan harga yang jauh lebih murah. Di sini aku membeli fridge magnet schilthorn dengan harga CHF 9 di mana fridge magnet schilthorn di tempat lain harganya sekitar CHF 4 - CHF 6....ermmm. Aku juga membawa balik souvenir lembu swiss dengan tulisan Schilthorn  berharga CHF 12.90.

Kami menghabiskan masa hampir 3 jam di Schilthorn dan cuaca di Schilthorn tersangatlah sejuk ok! Aku yang pakai proper attire ni pun masih boleh terasa kesejukan di Schilthorn. 

View dari cable car

View dari cable car

View dari cable car

View dari cable car

No comments:

Post a Comment