Wednesday, October 1, 2014

Switzerland : Scenic Route Lucerne-Interlaken

EUROPE TRIP DAY 15

SCENIC ROUTE LUCERNE-INTERLAKEN

Sebenarnya kami agak kecewa kerana dengan menaiki train 6.05pm, waktu akan mula gelap pada jam 7.20pm dan rugi larrr kami untuk melihat pemandangan yang indah dalam perjalanan menuju ke Lauterbrunnen. 

Di stesen Lucerne, kami mengambil train yang menghala ke Interlaken Ost. Berpandukan sistem monitor yang dipaparkan, kami dapat melihat masa dan nombor platform train yang bakal kami naiki. Tepat jam 6.05pm kami meninggalkan Lucerne menuju ke Lauterbrunnen.

Lucerne-Interlaken adalah merupakan salah satu scenic route di Switzerland.  Route ini adalah merupakan route yang sama digunakan GoldenPass Train Lucerne-Interlaken. Bagi pemegang swiss pass, menaiki GoldenPass Train adalah percuma. Kalau time kita tak ngam dengan GoldenPass Train, amik je train biasa yang mcm kami naiki ni. Dapat juga tengok pemandangan yang sama dengan GoldenPass kerana route yang digunakan adalah route yang sama. Tingkap pun sangat besar untuk kami tatap keindahan Switzerland.

Pemandangan Lucerne-Interlaken? SubhanaAllah cantik yang teramat dengan gunung-ganang dan tasik. Sepanjang saya berada di Switzerland, ini adalah antara pemandangan yang paling cantik. For a better view, duduk di sebelah kanan di dalam train.

View Tasik Brienz dari train. Gambar diambil pada keesokan harinya

View dari train. Gambar ini pun diambil pada keesokan harinya

View dari train. Gambar diambil pada keesokan harinya

Sampai je di Merigien, matahari sudah terbenam dan apa yang dapat kami lihat hanya larr cahaya bulan..huhuh!!! 

Satu-satunya gambar yang di ambil sepanjang perjalanan train Lucerne-Interlaken. Terlalu teruja dengan keindahan Switzerland sampai terlupa untuk snap gambar. Dah nak gelap baru teringat yang kami tak snap any pic. Sangat poyo!

Perjalanan dari Lucerne-Lauterbrunnen mengambil masa 2 jam. Untuk ke Lauterbrunnen, kami perlu menukar train di Interlaken Ost. Kami sampai di Lauterbrunnen pada jam 8.05pm.







No comments:

Post a Comment