Friday, October 3, 2014

Switzerland : Harder Kulm, Interlaken

EUROPE TRIP DAY 17

Route : Lauterbrunnen(train) - Harder Kulm, Interlaken(train&cogwheel train) - Brienz(train) -              Grindelwald(train) - Lauterbrunnen(train)

HARDER KULM, INTERLAKEN

Hari ini kami ke Harder Kulm, Interlaken. Sampai di stesen Interlaken Ost, kami ke customer service centre untuk mendapatkan maklumat tentang jadual perjalanan GoldanPass Train Interlaken-Montreux yang bakal kami naiki esok. Dah alang2 berada di kaunter, kami beli sekali tiket ke Harder Kulm. Dengan swiss pass, kami membayar CHF14 (return) untuk dewasa dan kanak2 FOC. Tiket ni juga boleh di beli di stesen Harder Kulm.



Selesai urusan di kaunter, kami mengambil buku kecil info train Interlaken untuk merancang perjalanan kami. Buku ini terdapat di setiap stesen utama di Switzerland untuk kegunaan orang ramai. Ia mengandungi semua info tentang train dari/ke stesen berkenaan beserta dengan masa dan nombor platform (foc). Bagi yang ada handphone dan mobile data, bole check terus melalui http://fahrplan.sbb.ch/bin/query.exe/en

Buku Info Train

Untuk ke stesen Harder Kulm, kami perlu berjalan kaki sedikit. Tak jauh, anggaran dalam 250m. Sepanjang perjalanan dapatlah cuci mata melihat bandar dan tasik  di Interlaken Ost. Bandarnya agak kurang menarik. Apa yang menarik di Interlaken Ost ni adalah warna air tasiknya yang bewarna turquoise. Sama warna dengan air di tasik Brienz.





Sepanjang perjalanan terdapat banyak restoran makanan halal. Selama berada di daerah Bernese Oberland, inilah satu2nya tempat yang kami jumpa makanan halal. Pada pendapat aku, Interlaken Ost ni hanya sesuai untuk dijadikan tempat penginapan terutamanya bagi muslim kerana terdapat banyak makanan halal dan lokasinya yang agak strategik untuk explore daerah Bernese Oberland. Tetapi kalau dibandingkan dengan Lauterbrunnen, aku tetap memilih Lauterbrunnen. Bukan sahaja lokasinya yang strategik tetapi keindahan Lauterbrunnen itu sendiri menjadikannya pilihan utama penginapan kami.

Fridge magnet (CHF 6) dan souvenir (CHF 8) di beli di stesen Interlaken Ost

Cerita tentang Interlaken, sebenarnya sebelum sampai di sini aku ada google mengoogle tentang lokasi   'Cinta Jangan Pergi' tetapi hampa. Kononnya nak feeling2 lea soraya dan khalil. Bagi sesiapa yang tahu lokasi tersebut bolehlah berkongsi di ruangan comment :)

Tiba di stesen Harder Kulm, kami menaiki cogwheel train dan perjalanan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Harder Kulm. Kekerapan cogwheel train adalah setiap setengah jam. Jadual perjalanan boleh disemak melalui brochure Harder Kulm. Brochure tersebut ada di stesen Interlaken Ost dan stesen Harder Kulm.

View dari Cogwheel Train or view masa dah sampai kat Harder Kulm. Tak bole nak ingat bila gambar ni diambil. Hehe..faktor usia

Sebenarnya kami ke Harder Kulm tanpa membuat sebarang research. Kononnya nak surprise. Tup tup kami di surprise kan. Expectation kami adalah Harder Kulm ini satu kawasan yang besar rupa2nya ianya adalah satu kawasan yang hanya mempunyai viewing platform, sebuah restoran, kedai souvenir, playground dan hiking trails. hihi....






Pemandangan dari atas memang cantik. Kami melihat bandar Interlaken dengan tasiknya yang berwarna turquoise dari atas. Di tambah dengan  keindahan pokok2 pine, gunung ganang dan keseronokan orang2 membuat aktiviti paragliding.











Kami berada di sini selama 1 jam. Kemudian  kami ke Wildpark yang terletak di belakang stesen Harder Kulm. Dari stesen Harder Kulm, terdapat papan tanda menunjukkan arah ke Wildpark. Jarak perjalanan dalam 100m. Wildpark ini kecil sahaja dan kami menghabiskan masa di sini selama 10minit.










No comments:

Post a Comment