Thursday, October 2, 2014

Switzerland : Stechelberg | Murren

Europe Trip Day 16

Route     :
Lauterbrunnen (Bus) - Stechelberg (Cable Car) - Schilthorn (Cable Car) - Gimmelwald (Cable Car) - Murren/Station Schilthornbahn (Cable Car) - Murren/Station BLM (Train) - Grutschalp (Cable Car) - Lauterbrunnen

STECHELBERG

Kami mengambil route ini kerana ingin mendapat view yang berbeza. Dari Lauterbrunnen-Stechelberg, kami melalui kawasan perkampungan Stechelberg yang disusuri dengan air sungai dan ternakan lembu. Warna kebiruan air sungai di Switzerland tersangat la cantik.





Dalam perjalanan ke Station Stechelberg, bas berhenti untuk menurunkan penumpang yang hendak melawat  Trummelbach Falls. Kami tidak ke Trummelbach Falls kerana ada bayaran untuk masuk ke sana. Kami masuk yang free jer iaitu Staubbach Falls di Lauterbrunnen..hehe

MURREN

Murren merupakan perkampuan yang agak popular di kalangan pelancong. Pemandangan di sini sangat cantik dan merupakan tempat yang wajib pergi. Kami menghabiskan masa yang agak lama di sini. Jom!!Kita layan gambar.....








Stesen Allmendhubel. Opposite stesen ni ada satu kedai souvenir. Kami beli loceng lembu swiss berharga CHF5. 

Di Murren, kami hanya jumpa 2 kedai souvenir. Satu lagi di belakang stesen BLM (Murren). Kedai di belakang stesen BLM ni buat sale di mana semua souvenir discount 50%. Ni larr kedai souvenir yang paling murah kami jumpa di Switzerland. Tak tau larr kalau korang sampai sana kedai ni masih ada atau tidak sebab gaya die buat sale macam nak tutup buat selamanye...Wallahualam.




Dah puas berjalan perut pun dah lapar. Di sini tiada restoran halal so kami bawak lunch packed nasi dan kari ayam pak brahim.

Dataran di sebelah kanan tu larr port kami lunch  sambil menikmati keindahan gunung-ganang yang diliputi salji

Sedang syok makan, datang 2 orang lelaki italy sedang bersiap dgn suit paragliding betul2 sebelah kami. Nak amik gambar dieorg macam segan so amik gambar dari jauh jerr..Ni die tengah turun untuk paragliding. Ada sorang minah arab ikut die turun untuk amik video aksi terjun. Mula2 aku mcm nak join tapi mcm takut lak tengok bukit yang curam tu. Terjerit2 jugaklah family arab tu suruh anak die naik balik sbb bukit ni memang curam. Minah arab tu berjaya amik video aksi terjun mamat ni..memang berani.


Kat Murren banyak air ni..sama mcm kat Rome. Cuma kat Rome air keluar dari paip. Ada dikalangan pelancong yang minum air ni. Rasanya air dari gunung kot. Sejuk gilerr..kebas tangan aku. Aku tak minum sebab penah dulu aku kena throat infection sebab minum air gunung masa mendaki di KotaTinggi. Tapi kan...aku rasa air ni selamat larr sebab sungai2 kat Switzerland bersih tip top the boom punye bersih. Inikan pula air gunung nyerr..mesti lagi bersih kan.


Buah-buahan di sini rasanyer biasa2 saja. Sedap lagi buah-buahan di Italy dan UK. Dari segi harga pun buah di sini lebih mahal. Tapi....lebih murah dari Malaysia :)

Buah dan coklat, kami beli di Coop. Supermarket yang famous dgn harga yg agak murah compared dgn kedai2 di Switzerland. Kalau korang nak beli coklat, beli yg colour pink Yogurette tu. Sedap sangat. Harga coklat dalam gambar ni lebih kurang CHF1.30 setiap satu. Coklat yang termurah berharga CHF0.60 tapi aku tak beli sebab aku tak tau kandungan lecithin nya. Aku hanya beli coklat yang menggunakan soy lecithin. Dari segi rasa dan harga, aku lebih prefer coklat di Albert Heijn, Amsterdam dan kedai £1 di UK. Pada aku lebih murah dan sedap. Terpulang pada selera masing2.

Pada aku, ni port yg paling cantik untuk amik gambar. Bersebelahan dengan dataran tempat kami makan tadi





Hari dah petang dan kami pun dah penat. Kami pulang dengan mengambil route Murren-Grutschalp-Lauterbrunnen. Pemandangan Murren-Grutschalp-Lauterbrunnen adalah lebih cantik sedikit berbanding pemandangan Lauterbrunnen-Stechelberg-Murren. Kedua-dua route ini cantik dari sudut yang berbeza dan mengambil route berlainan pergi balik adalah sangat berbaloi.

Dalam perjalanan balik, kami dapat melihat kehijauan bukit bukau yang dipenuhi rumah2 di lereng bukit dan gunung ganang yang di liputi salji.

View dari train

View dari train

View dari train

View dari train

View dari train

GRUTSCHALP

Train berhenti di Grutschalp. Di sini kami ambil cable car untuk turun ke Lauterbrunnen.

View dari cable car

View dari cable car

View dari cable car

View Lauterbrunnen dari cable car

No comments:

Post a Comment