Friday, October 3, 2014

Switzerland : Lauterbrunnen | Staubbach Falls

EUROPE TRIP DAY 17

Route : Lauterbrunnen(train) - Harder Kulm, Interlaken(train&cogwheel train) - Brienz(train) -              Grindelwald(train) - Lauterbrunnen(train)

LAUTERBRUNNEN |  STAUBBACH FALLS


Perjalanan kami pada hari ini berakhir di Lauterbrunnen, jam 5pm. Singgah di hostel untuk solat dan meneruskan misi kami untuk explore Lauterbrunnen. Kami bersyukur memilih Lauterbrunnen sebagai tempat penginapan kerana lokasinya agak strategik untuk explore daerah Bernese Oberland. Tempatnya juga cantik dan aman. 

Di Lauterbrunnen, kami tinggal di Hostel Valley. Sangat mudah untuk cari Hostel Valley ni. Keluar dari stesen keretapi, belok kiri dan jalan terus. Hanya dalam 80 m je, sampai la kami di Hostel Valley.

Hostel Valley...Gambar dan duit yang ditinggalkan pengunjung sebagai kenangan

Kami mengambil bilik quad room with 2 bunk bed/4 person (private room) untuk 4H 3M dengan harga CHF360. Ini merupakan pengalaman pertama kami duduk hostel. Jadi aku tak pasti sama ada tandas yang berkonsepkan hostel ni memang tidak memuaskan atau nasib aku kurang baik. Untuk bilik pula, agak memuaskan dan customer service tip top . Memandangkan kami menginap di sini agak lama, semasa check out kami di hadiahkan coklat setiap seorang dari Hostel Valley :) 

Laluan keretapi di belakang bilik kami..Keretapi disini tidak bising dan tidak menggangu tidur kami

Antara kenangan yang tidak mungkin aku lupa sepanjang berada di sini adalah makan maggi sambil menatap keindahan snow capped mountain dari balcony bilik. Memang marvellous!! Maggi yang tak sedap pun bole jadi sedap....Gambar snow capped mountain tu lupe nak ambil...hehe...

Kalau dah sampai Lauterbrunnen, memang tak sah lah kalau tak ke Staubbach Falls. Sebelum cite pasal Staubbach Falls, kita layan gambar Lauterbrunnen dulu cay....







Sebelum ke Staubbach Falls,  aku singgah di kedai souvenir berdekatan Hostel Valley. Aku membeli fridge magnet Jungfrau CHF4 (gara2 tak dapat ke Jungfau, pandang fridge magnet pun jadi larr) dan Lauterbrunnen mini glass berharga CHF3. Kedai2 di sini tutup sekitar jam 6pm-6.30pm. 


Semasa kami sibuk membelek souvenirs, tiba2 kedengaran bunyi loceng lembu swiss. Kelihatan lembu2 swiss dan tuannya sedang jalan berkumpulan. Kami pun macam orang jakun tinggalkan semua souvenirs kat kaunter dan terus berlari keluar dari kedai untuk melihat lembu2 ni.

Gemuk2 lembu di sini. Yang baju purple tu tuannya. Rasanya tiap-tiap hari mereka akan lalu di sini di antara jam 5ptg-6.30ptg

STAUBBACH FALLS

Ok...kita citer pasal Staubbach Falls lak. Sampai di Staubbach Falls dah nak masuk senja. Toleh2 kami sedang berdiri di hadapan kubur...hihi. Jangan takut, kubur ni berada di seberang jalan. Pada masa ni kami masih berfikir2 sama ada nak panjat ke tidak...fikir punye fikir kalau tak panjat Staubbach Falls ni mau menyesal seumur hidup. Bila tengok ramai orang naik, kami pun follow larr.





Bila sampai kat atas memang cantik. Dapat lihat pemandangan Lauterbrunnen dari atas.

View dari Staubbach Falls

Terowong batu ke Staubbach Falls. Kanak2 berumur 5 atau 6 tahun ke atas pun boleh naik ke sini. Selamat, selagi kita berhati2. Stroller tak lepas tau

 Masa ni kami berada di dalam Staubbach Falls...titisan air tu adalah titisan air Staubbach Falls 

Dapat pegang air Staubbach Falls


Hari sudah mula gelap dan kami pulang ke hostel. Esok merupakan hari terakhir kami di Switzerland dan kalau ada rezeki aku nak ke Switzerland lagi. Teringin untuk melihat keindahan Switzerland pada musim winter pula. InsyaAllah...Aaminn.

Lauterbrunnen di waktu malam. Di penjuru belah kiri tu Staubbach Falls. Secara realitinya, Staubbach Falls di waktu malam memang cantik. Macam lukisan.

Bagi sesiapa yang memasang niat untuk beli jam di Switzerland

No comments:

Post a Comment