Wednesday, October 1, 2014

Switzerland : Lucerne| Mt Rigi

EUROPE TRIP DAY 15

LUCERNE | MT RIGI

LUCERNE






Hujan menyambut kami di Lucerne. Kami sampai pada jam 12pm. Sampai je di stesen lucerne, kami terus ke kaunter customer service untuk check jadual train petang ini. Di situ sudah tersedia komputer untuk kami dapatkan maklumat. Bagi yang ada handphone dan mobile data, bole check direct melalui http://www.sbb.ch/en/home.html Selain dari itu, setiap stesen di Switzerland mengedarkan buku kecil info train untuk  orang awam. Buku ni mengandungi semua info tentang train dari/ke stesen berkenaan beserta dengan masa dan nombor platform (foc).

Contoh buku. Pinjam buku interlaken sat untuk foto

Kemudian, kami terus mencari locker utk menyimpan luggage. Di stesen lucerne terdapat 2 tempat penyimpanan luggage: 

Left-Luggage Office
- Terletak di sebelah kaunter customer service
- Setiap luggage berharga CHF10 sehari

Locker
- Terletak di bahagian train departure/arrival
- Saiz locker dan harga : Large, CHF9. Small, CHF6

Kami memilih untuk menyimpan di locker yang harganya jauh lebih murah dari kaunter left-lugage. Kami mengambil large locker yang dapat memuatkan 1 large luggage, 1 small luggage dan 1 small backpack...ngam2 muat dlm locker. Locker ni hanya menerima duit syiling. Memandangkan kami tiada syiling so kami ke coop untuk pecahkan note CHF. Beli la sedikit roti dan coklat. Untuk ke coop, ambil escalator yang paling dekat dengan locker. Turun jer escalator kita akan nampak coop. Coop ni adalah supermarket yang agak murah harga barangannya berbanding dengan kedai lain di swiss.

Ok, luggage dah settle...sekarang masa untuk meredah hujan pulak. Kami memang dah bersiap sedia dengan baju hujan. Kalau dtg europe, baju hujan adalah antara barang yang wajib dibawa kerana negara eropah ni hujan sepanjang tahun. Hanya dalam musim panas sahaja hujan agak kurang turun.


Kami menghala ke pier untuk mengambil cruise ke Mt Rigi. Perjalanan adalah dalam 60m. Kami mengambil route Lucerne-Vitznau-Mt Rigi-Weggis-Lucerne. Sampai2 je kami check time cruise ke Vitznau. Masa ada lagi 30 minit so kami ke Chapel Bridge sementara menunggu cruise. Chapel Bridge hanyalah dalam 100m dari pier...sebelah menyebelah jerr. Dari pier boleh nampak Chapel Bridge. 


Sampai di Chapel Bridge, kami amik2 gambar dan melihat keindahan Lake Lucerne. Lake Lucerne sangat cantik dan bersih. Air tasik bewarna hijau dengan swan2 nya yang bersih putih melepak dan burung2 terbang berkicauan. Rasanya inilah swan yang paling cantik pernah kami lihat.




Bahagian atap Chapel Bridge

Di Chapel Bridge ini ada kedai souvenir. Aku sempat membeli fridge magnet CHF5 dan gelas mini Lucerne CHF6. Selesai membeli belah kami ke pier untuk ke Mt Rigi.



MT RIGI

Official Website Mt Rigi : http://www.rigi.ch/Home-en

Route     : Lucerne (Cruise) - Vitznau (Cogwheel Train) - Mt Rigi (Cogwheel Train) - Rigi  Kaltbad 
               (Cable Car) - Weggis (Cruise) - Lucerne

Tempoh : Minimum 5-6 jam

Perjalanan Lucerne ke Vitznau mengambil masa 1 jam. Memandangkan kami pemegang swiss pass, so kami ke Mt Rigi dengan percuma.

Bahagian dalaman cruise Lucerne-Vitznau

View dari cruise

View dari cruise

Kami turun di Vitznau dan mengambil cogwheel train untuk naik ke Mt Rigi. Lompat keluar je dari cruise dah boleh nampak cogwheel train yang akan membawa kami ke Mt Rigi. Di sini ada kedai souvenir. Kami tak sempat masuk pun. Hanya sempat pandang2 jeling2. Huhuh...


Pemandangan naik ke Mt Rigi seperti yang dijangka...kabus kerana hari hujan. Kami redah juga kerana tiada pilihan. Petang nanti dah ke Lauterbrunnen. Dalam keadaan hujan, memang tak dapatlah nak ronda2 Lucerne. At least ke Mt Rigi kami berada di dalam boat dan cogwheel train. Bolehlah jadi tempat berteduh sambil melihat pemandangan. Kabus sederhana tebal dan kami masih boleh dapat melihat keindahan Mt Rigi yang menghijau. Tiada snow-capped kelihatan di Mt Rigi.




Di Mt Rigi, sedang kami leka mengambil gambar dalam 15-20 minit kami sudah dipanggil untuk naik cogwheel train. Ishhh...kacau betul la. Rasa macam tak puas. Konduktor tu cakap kalau nak stay lagi, cogwheel train seterusnya akan datang selepas 1 jam. Disebabkan kami ingin mengejar train ke lauterbrunnen petang ni, so redha je larrr...naik je la cogwheel train tu. Di sini ada tandas dan kedai souvenir. Kedai souvenir, kami tak sempat masuk. Bagi sesiapa yang kesuntukan masa macam kami, masa minimum yang diperlukan untuk Lucerne-Mt Rigi (return) adalah 5-6 jam.




View semasa turun dari Mt Rigi

Gunung dan tasik yang diliputi kabus. Pemandangan ini adalah antara yang tercantik sepanjang kami berada di Switzerland. Terasa seperti berada di alam lain...Speechless!! Tidak dapat digambarkan melalui lensa kamera. Realitinya, keadaan di sini jauh lebih cantik dari foto ini.

Untuk perjalanan pulang, kami mengambil route Weggis-Lucerne (1 jam). Kononnya sebab nak tengok pemandangan yang berbeza dan ianya sangat berbaloi. Lebih cantik dari route Vitznau-Mt Rigi. Kami berhenti di Rigi Kaltbad dan mengambil cable car untuk ke Weggis. 

 View dari cable car 

Di Weggis kami mengambil cruise ke Lucerne. Dari stesen Weggis ke pier mengambil masa 20 minit berjalan kaki. Bagi sesiapa yang hendak amik route Weggis ni, tolonglah amik route Weggis ni dalam perjalanan pulang Weggis-Lucerne. Punyalah berbukit-bukit nak sampai ke pier. Untuk kami tiada masalah sebab semuanya turun bukit. Bayangkan orang yang amik route sebaliknya (Lucern-Weggis) jenuh lar nak mendaki bukit2 ni.

 Perjalanan dari stesen cable car ke pier


 Bandar kecil Weggis

Setelah selesai aktiviti turun bukit, kami akhirnya sampai di Pier Weggis. 

Di sini ada banyak jetty. Ini bukan jetty yang menghala ke Lucerne tau. Pastikan cari jetty yang tertulis Lucerne

Kami sampai di Lucerne pada jam 5pm. Train ke Lauterbrunnen berlepas pada jam 5.05pm. Memang tak sempat la nak kejar so kami decide untuk amik train seterusnya iaitu jam 6.05pm.

Di hadapan pier Lucerne (bahagian arrival)

Kami ada masa 1 jam untuk solat dan sambung jalan2 di Chapel Bridge.

No comments:

Post a Comment