Saturday, October 4, 2014

Switzerland : GoldenPass Zweisimmen-Montreux / Lauterbrunnen-Geneva

EUROPE TRIP DAY 18

LAUTERBRUNNEN-ZWEISIMMEN

Beratnya hati nak meninggalkan Switzerland. Switzerland membuka mata dan hati aku akan agungnya ciptaan yang maha Esa.

Pagi ini, kami ke stesen Lauterbrunnen dan akan meneruskan perjalanan mengikut jadual train yang telah di cetak semalam. Apabila aku lihat jadual tu, OMG! Kami harus turun di 6 stesen untuk sampai ke Geneva. Aku memberitahu kaunter yang aku ingin menaiki GoldenPass Train dan ingin sampai di Geneva pada jam 3.30pm. Dan inilah jadual yang keluar....tadaaaaa....

Lauterbrunnen-Interlaken Ost-Spiez-Zweisimmen-Montreux-Lausanne-Geneva
FOC With Swiss Pass
Gls bermaksud Platform

Inilah yang dinamakan train marathon...hihi. Tapi kan, walaupun kami dok main tukar2 train, kami tak rasa penat dan bosan pun kerana sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan yang cantik.

Semasa berhenti di Spiez, kami ada masa 30 minit sementara menunggu train seterusnya. So cepat2 kami keluar dari stesen untuk melihat bandar Spiez. Keluar je stesen Spiez, kami sudah berada di tempat yang agak tinggi dan dapat melihat bandar kecil Spiez dari atas. Dapatlah snap2 gambar untuk kenangan 30 minit di Spiez.





GOLDENPASS CLASSIC TRAIN ZWEISIMMEN-MONTREUX

GoldenPass merupakan salah satu scenic train di Switzerland. Memandangkan kami hanya nak santai2 pada hari terakhir kami di Switzerland, kami mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di dalam train sambil melihat keindahan  Switzerland. Lagipun, kami nak balon habis-habisan swiss pass yang kami beli ni. Dengan swiss pass, GoldenPass Train adalah FOC tanpa seat reservation.




Sampai di Zweisimmen, GoldenPass Classic Train sudah menanti kami. Memandangkan kami membawa luggage, kami di arahkan untuk naik dan duduk di coach 20. Walawei!! Tak sia2 dok main tukar2 train tadi. GoldenPass Classic Train ni cantik ok!!Inilah train yang paling cantik pernah aku naik.



Sepanjang perjalanan, aku dok merayau-rayau dalam train untuk melihat gerabak2 lain. Rupa2nya hanya gerabak kami yang cantik. Sama cantik dengan gerabak 1st Class. Gerabak lain macam train biasa dan tingkap cerminnya adalah lebih luas dan besar berbanding gerabak yang kami duduk. Kami mengambil 2nd Class tanpa reservation. Oktober merupakan off-peak season di Switzerland, dan seperti yang dijangka ada banyak seat kosong. Alhamdulillah...

Pemandangan sepanjang perjalanan?? Awesome!! Tapi kalau dibandingkan dengan route Lucerne-Interlaken, aku lebih teruja dengan route Lucerne-Interlaken. Pemandangan route Lucern-Interlaken lebih kepada gunung-ganang dan tasik. Manakala route Zweisimmen-Montreux lebih kepada gunung-ganang dan perkampungan. Secara keseluruhannya kedua2 route adalah cantik. Berbaloi2.


Yang pakai blazer tu ticket attendant..busy betul die


Korang penah tengok lembu pakai head scarf tak? Bile aku tengok gambar lembu ni teringat masa train lalu kat satu tempat, ada satu group lembu pakai head scarf bunga2 jln berbaris diiringi tuannye. Comel giler lembu2 ni. Tapi aku tak sempat nak snap gambar. Train laju masa tu...huhuh






MONTREUX-GENEVA

Melalui pemandangan sepanjang perjalanan dalam train dan mengikut sedikit research yang aku buat before sampai di Switzerland, aku lebih tertarik dengan Basel, Lucerne dan Bernese Oberland Region jika di bandingkan dengan Switzerland di bahagian Montreux, Vevey dan Geneva. Tetapi lain orang lain citarasanya dimana ada juga sesetengah orang gemarkan Montreux dan Vevey. Bagi Geneva pula, rata2 memberikan pandangan bahawa Geneva agak kurang menarik. Walau bagaimanapun, seperti yang aku katakan lain orang lain citarasanya.

Sampai di Montreux, kami tidak sempat keluar dari stesen. Tak dapat nak amik gambar...huhuh

View dari train

View vineyard dari train. Comel je ladang anggurnyer..kecik jerr

View dari train


Di Lausanne, kami ada masa 30 minit. Apa lagi, cepat2 la keluar stesen untuk ambil gambar. Semasa di stesen, aku terpandang bayaran masuk tandas di sini. Aku tak ingat berapa tapi yang pastinya sangat mahal. So far yang termahal pernah aku jumpa di Eropah.




Tiba di Geneva, kami mencari port untuk solat. Stesen Geneva dikenali sebagai Geneva-Cornavin atau Gare de Cornavin. Geneva adalah sebuah bandar besar di Switzerland. Agak tidak adil untuk aku menilai Geneva kerana kami hanya berada di sekitar kawasan train station sahaja. Apa yang aku boleh katakan di sekitar kawasan ini kurang cantik dan agak kotor sedikit. Sangat berbeza dengan Lucerne.


Aku yang obses dengan souvenirs ni sempat lagi keluar mencari kedai souvenirDari pintu stesen Geneva (bersebelahan dengan customer service centre), belok kiri dan jalan terus sehingga nampak traffic light. Then belok kanan, terdapat dalam 2-3 kedai souvenir (rue des Alpes). Aku membeli fridge magnet Geneva CHF6, mini glass Geneva CHF4 dan  souvenir CHF10. Sebenarnya di hadapan customer service centre di dalam stesen Geneva pun ada satu kedai souvenir  tetapi tidak banyak pilihan barangan.




No comments:

Post a Comment